Kerbau "ANEH" Mati Selepas Dilahirkan



Bangkok: Penduduk di sebuah perkampungan terpencil di wilayah Sisaket gempar apabila seekor kerbau di kawasan terbabit melahirkan anak dengan kepala buaya.

Haiwan itu juga mempunyai sisik tebal yang menyerupai sisik buaya tetapi dengan badan dan kaki kerbau.

Anak kerbau aneh ini dilahirkan oleh seekor kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.

Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini.

Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya memetik laporan myMetro.

Namun, anak kerbau itu mati tidak lama selepas ia dilahirkan. Bangkai haiwan itu kemudian dibawa ke rumahnya.

Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah,” jelasnya.

Gambar anak kerbau itu kemudian menjadi viral di internet setelah ia dimuat naik.

Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak kerbau ini.

Ada yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta nombor loteri,” katanya.-kainkembang








Artikel Berkaitan

VIRAL 7177296885339854390

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item