PUNCA Jeritan PERTOLONGAN Kanak Kanak Asli TAK DIDENGARI Oleh Pasukan PENYELAMAT




KOTA BHARU: Salah seorang kanak-kanak orang Asli Pos Tohoi yang terselamat, Missudiar Aluj, 11 mendakwa menjerit meminta perhatian pasukan penyelamat selepas terdengar bunyi helikopter tentera.

Bagaimanapun dia pelik apabila jeritan tersebut tidak didengari sedangkan jarak mereka dan pasukan penyelamat itu tidak begitu jauh.

Hal itu dimaklumkan oleh Penghulu Kampung Gawen, Akek Bahir yang juga bapa saudara kepada Massudiar.

“Malah, ketika pasukan mencari melakukan pencarian di kawasan tersebut, kanak-kanak itu menyedari kehadiran anggota terdiri daripada beberapa agensi itu.

“Namun jeritan kanak-kanak ini tidak didengari walau bunyi pasukan penyelamat itu agak dekat dengan mereka. Jika sebaliknya saya percaya nasib lima lagi rakan Missudiar yang maut akan berbeza selain dapat diselamatkan,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Akek juga hairan bagaimana dia juga tidak menjumpai sebarang jejak tujuh kanak-kanak yang hilang itu sedangkan dia dan pasukan penyelamat juga ada melakukan pencarian di kawasan yang sama kesemua mangsa ditemui.

Akek percaya kesemua mangsa 'dijaga' oleh Tenrog (orang bunian) hingga menyebabkan pasukan penyelamat tidak mendengari jeritan mereka.

“Saya sendiri ada melakukan pencarian di kawasan mereka ditemui ini selepas empat hari mereka hilang.

“Malah, ada malam yang saya bermalam di dalam hutan tetapi tiada sebarang jejak ditemui atau kelihatan. Kejadian ini memang membingungkan,” katanya lagi. -kainkembang

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 1329666629637587732

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item