Punca SEBENAR Syazwan Zulkifly Nekad Berhenti Untuk Jadi Pelakon. Semoga Beliau Tabah

Tidak mahu di himpit kontroversi kerana percintaan beliau bersama pengacara Hlive Shenty Feliziana, aktor Syazwan Zulkifly telah bernekad untuk berhenti daripada dunia lakonan.


Pengumuman yang mengejutkan ramai pihak itu dibuat semalam menerusi akaun Twitter miliknya. Mengakui beliau sayangkan kariernya Syazwan bagaimanapun selepas ini mungkin hanya akan terlibat di belakang tabir sahaja.

Saya putus asa. Kalau orang kata saya tak kuat, iya, memang saya tak kuat untuk berhadapan dengan situasi ini. Ini masalah peribadi yang pasti akan merosakkan nama saya. Jadi sebelum saya kena ‘gam’ oleh mana-mana pihak, lebih baik undur diri.


Saya sayangkan kerjaya ini, tetapi jika apa yang akan berlaku nanti menyebabkan ibu bapa saya menderita, lebih baik berhenti. Saya sayangkan ibu saya. Mungkin saya akan lebih terlibat dengan kerja belakang tabir. Namun tidak untuk di hadapan kamera.

Namun, Syazwan berharap perkara ini tidak akan diperbesarkan atau menjadi kecoh kerana beliau sebolehnya akan mencari jalan penyelesaian terbaik tentang masalah kisah peribadi beliau bersama Shenty.


Erm, kami rasa agak tidak berbaloi untuk meninggalkan karier yang sebelum ini susah payah untuk kita kekalkan hanya kerana wujud cerita peribadi dengan kekasih. Kami harap Syazwan Zulkifly sudah fikir masak-masak sebelum berhenti berlakon.

Artikel Berkaitan

GOSSIP 8804768935324345540

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item