Wanita DURJANA Guna Sihir 'Batu Air Mani Gajah' Untuk Jadi JUTAWAN Akhirnya TERBONGKAR !


Baru-baru ini seorang wanita telah mengaku menggunakan sihir berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, dan berjaya mengikis lebih 50 lelaki kaya sehingga dia mampu menyimpan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun.

Menurut laporan berita Harian Metro, Wanita yang berumur 31 tahun itu, bagaimanapun menerima padah apabila dia menderita penyakit misteri selepas salah seorang isteri lelaki kaya yang disihirnya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.


Rakan wanita ini memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita sehingga dia sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu.

Lagenda Mani Gajah:

Lagenda batu kristal Mani Gajah ini bermula di Wilayah Sumatra, Indonesia, di mana tinggalnya Suku Anak Dalam (Suku Kubu) yang tinggal di satu wilayah dengan habitat Gajah. Lagenda bermula, kononnya ceritanya terdapat seekor Gajah Jantan Besar yang menjadi Raja kepada kumpulan gajah-gajah yang menghuni habitat gajah tersebut. Dipendekkan cerita Raja gajah tadi nak bersenggama dengan gajah betina dan apabila perbuatan itu selesai, si Raja Gajah akan menimbuskan sisa-sisa mani yang berciciran di tanah agar tidak kelihatan lagi. Mani gajah yang terkambus dan tertanam itu akan bertukar menjadi batu kristal yang lembut dan akhirnya menjadi keras dan inilah yang dipanggil Batu Mani Gajah atau Permata Mani Gajah.

Peristiwa Raja Gajah Tunggal memuaskan rasa berahi itu sentiasa diintai oleh Puak Suku Anak Dalam. Setelah Gajah Tunggal dan kawanan gajah-gajah betina itu beredar, maka berebut-rebutlah Suku Anak Dalam untuk menggali kambusan tanah untuk mendapatkan mani gajah yang telah bertukar kepada kristal tersebut.
Dari situlah mungkin, orang-orang tua dahulu mendapat tahu mengenai lagenda mani gajah ni tadi dan masuk ke hutan, nampak benda bersinar-sinar di tanah ( kristal mani gajah ) dan anggap benda tu ada khasiat walhal tak ada pun kajian secara menyeluruh dan juga cop halal Jakim.

Dipercayai kristal mani gajah ini mempunyai “wave” atau gelombang elektronik yang mempunyai energi yang serasi dengan gelombang energi manusia. Sifat dan keindahan alami batu mani gajah ini adalah seperti berikut:-
1. Rezeki – membantu menambahkan kelancaran terbukanya pintu rezeki ( sepatutnya berdoa pada Tuhan untuk tambah rezeki )
2. Menarik rasa cinta, kasih sayang, pengasih kepada perempuan, orang yang melihat kepada pemakai
3. Menguatkan kejantanan lelaki.
4. Bagi mereka yang mempunyai deria ke enam, pasti akan melihat tenaga energi kristal ini akan kuning kehijauan di mana energi ini mampu menyerap energi panas tubuh manusia dan meneutralkannya.(mani gajah mempunyai energi dingin). Secara mistiknya manusia akan tertakluk dengan energi yang dihasilkan oleh batu mani gajah ini.-kainkembang

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 6135915906317115311

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item