WOW ! JOM Tengok Perkembangan Kesemua JUARA AF Kita ! TERKEJUT Bila Tengok Juara AF4 (Faizal Ramly)


Sudah bersiaran selama 12 musim, program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) masih gah berdiri sebagai program realiti nombor satu di Malaysia. Menyingkap semula perjalanan AF, program yang mula bersiaran pada tahun 2003 ini merupakan adaptasi rancangan realiti yang berasal dari negara Mexico yang berjudul La Academia.

Bersempena dengan #AF2015 yang bakal berakhir pada hujung minggu ini, Portal Murai menyenaraikan satu demi satu juara yang lahir menerusi program ini. Ada yang masih utuh mencipta nama dalam bidang seni suara tempatan, ada juga yang terus sepi tanpa berita.

Vince Chong 
Bermula pada tahun 2003, AF1 telah menobatkan pemuda keturunan Cina – Inggeris, Vincent Chong Ying-Cern selaku juara sulung mereka. Siapa boleh lupa dengan ungkapan azimat Vince, “semua pemenang, tiada pengalah.” Beberapa tahun di awal kemunculannya, karier Vince dalam dunia nyanyian berjalan lancar tetapi lama kelamaan, Vince agak sepi tanpa sebarang produk baru.

Zahid Baharuddin 
AF2 pula menyaksikan Ahmad Zahid Baharuddin sebagai juara. Jejaka ini juga seperti Vince, aktif di awal kemunculannya tetapi akhirnya dia bergiat dalam bidang penyiaran radio sebagai penyampai Era FM. Namun begitu, Zahid mengambil keputusan untuk meninggalkan Era FM dan memulakan semula karier nyanyiannya dengan menampilkan single terbaru yang berjudul Biasa.

Mawi 
Ungkapan “World!” sememangnya tidak asing dengan pemenang AF3, Asmawi Ani. Jejaka kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini mencipta fenomena di awal kemunculannya sebagai penyanyi. Pernah berada di kemuncak karier dengan merangkul gelaran Bintang Paling Popular bermula tahun 2005 sehingga 2007, kerjaya Mawi kini bergerak agak perlahan. Namun begitu, Mawi tetap aktif dalam lapangan muzik dengan mengeluarkan single demi single berunsurkan kerohanian yang menjadi hit di corong radio.

Faizal Ramly
Sebaik saja diangkat sebagai juara AF4, kerjaya seni Mohammad Faizal Ramly tidak mendapat sambutan yang menggalakkan peminat seni tanah air sepertimana penglibatannya di dalam program realiti tersebut. Faizal yang popular dengan tagline “senyum sokmolah” itu terus hilang dan menyepi.

Mila Jirin 
AF5 pula menyaksikan Norsyarmilla Jirin atau Mila ditabalkan sebagai juara wanita pertama program realiti itu. Masih bergiat aktif dalam bidang hiburan, Mila yang sudah berhijab kini terlibat dalam bidang perniagaan dan bakal menamatkan zaman gadisnya hujung tahun ini.


Stacy Anam 
AF6 pula menobatkan seorang lagi pelajar wanita berasal dari Sabah iaitu Stracie Angie Anam sebagai juara. Tampil dengan identiti tersendiri iaitu menyanyi sambil menari dengan rancak, Stacy masih lagi bersinar dalam bidang nyanyian dan bergiat aktif dalam dunia hiburan. Terbaru, Stacy tampil dengan single terbaru bersama Altimet yang berjudul Not For Sale. Kini Stacy yang sudah memeluk agama Islam menjadi tunangan kepada jejaka yang dicintainya, penyanyi Akim Ahmad dan mereka merancang untuk bernikah pada tahun hadapan.

Hafiz Suip 
AF7 pula menabalkan jejaka kelahiran Kuching, Sarawak, Mohd Hafiz Mohd Suip sebagai juara. Selepas berjaya menjadi pemenang, bintang Hafiz dalam industri hiburan terus bersinar terang. Pernah dua kali menjadi pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL), Hafiz terus aktif meluaskan empayarnya dalam bidang hiburan. Bukan sahaja AJL, Hafiz juga beberapa kali menggondol trofi bagi Vokal Lelaki Terbaik Dalam Lagu menerusi Anugerah Industri Muzik serta Hafiz juga popular di kalangan peminat dan pernah membawa pulang trofi dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kini, namanya tercatat sebagai antara penyanyi lelaki yang memiliki vokal hebat di dalam industri seni tanah air.

Shahir Zawawi
Juara AF8 pula boleh diibaratkan seperti ‘biskut’, sekejap ada, sekejap tiada. Ahmad Shahir Zawawi memulakan langkah awal dalam industri muzik dengan baik tetapi dia sering ‘tenggelam timbul’ dan hilang tanpa dikesan. Shahir juga sering digosipkan dengan artis yang jauh lebih berusia daripadanya. Selepas dikaitkan bercinta dengan aktres Rozita Che Wan beberapa tahun lalu, nama Shahir kini dikaitkan pula dengan pelakon Erra Fazira. Baru-baru ini, Erra sendiri mengakui yang dia masih berkawan dan berhubung dengan Shahir.

Hazama Azmi
Hazama Ahmad Azmi yang menjadi juara AF9 membuktikan yang percubaan buat kali kedua sememangnya membuahkan hasil. Pernah terpilih sehingga ke konsert prelude AF4, Hazama tidak jemu mencuba dan akhirnya terpilih untuk mengikuti pengajian di AF9. Kini kerjaya seni Hazama berkembang pesat dan dia menjadi antara salah seorang penyanyi lelaki yang disegani di Malaysia.

Faizul Sany
Jika Stacy menjadi pelajar wanita dari Sabah pertama yang menjadi juara AF, Mohd Faizul Sany pula menjadi pelajar lelaki Sabah pertama dinobatkan menjadi juara untuk #AF2013. Sudah muncul dengan album solo pertamanya, Faizul masih lagi mencari ruang untuk menempatkan diri sebaris dengan penyanyi lain yang sudah mempunyai nama sendiri dalam industri ini. Namun begitu, Faizul juga mempunyai bakat besar dalam bidang penciptaan muzik dan tidak mustahil dia akan mampu menjadi salah seorang komposer yang disegani suatu hari nanti.

Firman Bansir
Dominasi pelajar Sabah di dalam AF memang cukup hebat. Selepas Stacy dan Faizul, #AF2014 menyaksikan Mohd Firman Bansir yang berasal dari Tawau, Sabah dipilih sebagai juara bagi program tersebut. Dalam perkembangan terbaru, Firman kini di dalam proses untuk menyudahkan proses pembikinan album pertamanya yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Siapakah pilihan anda untuk menyandang gelaran juara bagi musim terbaru AF? Adakah Sharul, Sufi, Syamel atau Bila? Walau siapapun yang ditabalkan sebagai pemenang #AF2015, Portal Murai mengharapkan agar juara terbaru AF akan terus menyinar dan mencurah bakti untuk industri nyanyian tempatan!

Konsert #AF2015 yang diacarakan oleh Faizal Ismail dan Zizan Razak bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam. Saksikan Diari #AF2015 yang dihoskan oleh Nana Mahazan yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam.

#AF2015 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123). Gunakan hashtag #AF2015 untuk berinteraksi mengenai #AF2015 di laman sosial. -kainkembang

Artikel Berkaitan

GOSSIP 1238694157706165560

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item