'Maaf Sebab Saya Berjalan Di Depan Ketika Awak Sedang Solat'


Saya baru saja mendapat boarding pass dan sedang cuba menuju ke pintu masuk yang dinyatakan. Dalam perjalanan itu, saya lalu di hadapan seorang lelaki yang sedang sembahyang. Dia sedang melutut (Sujud) dan secara pelahan-lahan mendekatkan dahinya di lantai. 

Saya duduk beberapa kaki tidak jauh dari lelaki itu dan menunggu selama beberapa minit, mungkin lima minit sementara dia tengah khusyuk berdoa kepada Tuhannya di Lapangan Terbang Minneapolis/ St. Paul. 

Tiga kali dia berdiri dan tiga kali dia berdoa. Sesudah selesai sembahyang, dia duduk. 

"Boleh saya tanya beberapa soalan? Saya faham kalau awak tidak mahu bercakap" tanya saya pada lelaki itu. 

"Yes" kata lelaki itu sambil berdiri dan duduk di kerusi berdekatan dengan saya. 

"Saya tinggal di Charlotte, NC dan tidak menjangkakan perbualan ini. Bolehkah saya bertanya pada awak tentang apa yang awak doakan? Boleh awak beritahu saya tentangnya?"

Dengan loghat Britishnya yang indah, dia mula menjelaskan dan saya mendengar mendengar dengan teliti. 

Katanya, dalam sehari sebanyak lima kali dia mengerjakan sembahyang yang setiap kalinya menghadap kiblat, Mekah. 

Saya bertanya, bagaimana dia tahu arah kiblat setiap kali bersembahyang?

"Saya selalu bawa kompas kecil bersama," katanya.

Nama dia Osman dan dia berasal dari England. Dia bekerja sebagai Akauntan di bawah projek yang dikendalikan oleh Bank Dunia dan UN. 

Kami berbual seketika. Dia datang ke Minneapolis untuk menziarahi ibu dan adiknya. Mereka juga berada di situ, bersembahyang bersama dengannya. 

"Apa pandangan awak tentang segala-gala hal yang terjadi di dunia sekarang?" tanya saya. 

Dia berkongsi dengan saya bahawa dia berada di sini pada ketika Donald Trump mencadangkan agar umat Islam dihalang untuk memasuki Amerika Syarikat.

"Saya mempunyai pandangan saya, tetapi jika awak kenal saya, awak akan tahu bahawa saya adalah saya. Saya seorang yang baik dan juga manusia seperti orang lain," katanya.

Air mata saya menetes, tak tahu mengapa. Saya meminta maaf kerana menangis. Saya teringin memeluknya tetapi saya tidak berbuat demikian. Hanya terus menangis, walaupun saya okay, rasanya.

"Ada golongan pelampau, ada golongan seperti Trump dan ada puak seperti ISIS, tetapi kedua-dua ini tidak bercakap untuk berjuta-juta rakyat yang tinggal di antaranya," katanya.

Dia memberitahu saya tentang khutbah yang dia dengar hari ini dalam perjumpaan umat Islam di Minneapolis. Penceramahnya bercakap kepada orang ramai tentang kepentingan untuk menunjukkan kebaikan Islam kepada orang-orang seperti saya. Kebaikan mereka jarang ditunjuk dalam media secara terbuka untuk diketahui oleh orang ramai. 

"Awak kelihatan seperti orang yang terbuka (mindanya) juga," katanya. 

Kami tersenyum. Kami berbual tentang anak-anak kami. Dia mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan. Saya memberitahunya anak lelaki saya tinggal di New York dan anak gadis saya tidak lama lagi menamatkan pengajiannya. 

Saya bertanya adakah saya berkelakuan biadab ketika berjalan di hadapannya yang sedang bersembahyang tadi? Jika ya, saya menjelaskan bahawa yang saya tidak sengaja dan tidak berniat berkelakuan biadab seperti itu.

Kami tersenyum lagi. 

Saya memberitahunya yang saya ingin menulis mengenai perbualan kami ini dan berkongsi mengenainya dengan rakan-rakan saya, namun saya mahu dia membacanya terlebih dahulu. 

Dan ini dia, saya telah tuliskan dan dia juga berasa ini adalah tulisan yang baik dan sekarang saya kongsikan anda semua, perbualan di antara saya dengan Osman.

Bila difikirkan kembali, saya yang pada mulanya marah kerana tersesat dalam perjalanan ke lapangan terbang. Namun tidak menjangkakan apa yang bakal terjadi dan dijumpai. - Molly Wilmer Barker


Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 5546204368128752875

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item