Subhanallah! Kelab Bola Sepak Dari Jerman Lakukan Sesuatu Yg Mengejutkan Untuk Arwah Tunku Jalil


KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak Jerman, Borussia Dortmund mengambil kesempatan bertafakur selama seminit pada Sabtu sebagai memberikan penghormatan susulan kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

“Pasukan Borussia Dortmund mengucapkan takziah kepada Duli Yang Amat Mulia (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) atas kamangkatan adinda tersayang,” kata pasukan itu di laman Facebook mereka sejurus sebelum perlawanan bertemu kelab Wolfsburg dalam saingan Bundesliga.

Borussia Dortmund dan Johor Southern Tigers bekerjasama untuk membangun dan melatih bakat-bakat baharu dikalangan kanak-kanak dan golongan belia Malaysia.

Due to a cooperation agreement between Borussia Dortmund and JOHOR Southern Tigers, a delegation of three BVB coaches...Posted by Borussia Dortmund on 

Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati.

Almarhum disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.


Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 4403091381667183221

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item