Bunuh Perompak: Mahkamah KEKAL Tuduhan Zulkifli Yg Membawa Hukuman MATI Atau Penjara 20 Tahun !


BUNUH PEROMPAK: Mahkamah KEKAL Tuduhan Zulkifli.. Yang Membawa Hukuman MATI Atau Penjara 20 Tahun

Susulan kes bunuh perompak, Mahkamah Sesyen di Kemaman hari ini mengekalkan pertuduhan dan menetapkan 21 Februari untuk sebutan kes seorang peniaga yang didakwa membunuh dan mencederakan 2 lelaki di Kampung Labohan Kerteh, bulan lepas. Bicara akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Hakim Rofiah Mohamad menetapkan tarikh berkenaan setelah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi untuk melengkapkan semua dokumen sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 27 Disember lalu, Mohamad Zulkifli Ismail, 50, didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 38, di kawasan rumah tidak bernombor, Kampung Labohan, Kerteh, di sini pada 10.30 pagi, 7 Disember lalu.

Tertuduh yang mempunyai 3 anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi pertuduhan tersebut.

Sementara itu bagi pertuduhan ke-2, Zulkifli mengaku tidak bersalah menyebabkan cedera parah ke atas Faizul Awang, 31, dengan menggunakan sebilah parang di tempat dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Kes Zulkifli yang mempertahankan diri dan keluarga daripada rompakan menjadi viral di laman sosial hingga wujudnya kumpulan tertentu yang dikatakan membela tertuduh.

Pertuduhan dikekalkan.Bicara akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.Tarikh bicara 21 Februari.Maaf kami terlalu sedih. Ulasan lanjut selepas kami tenangkan diri. Hanya satu berita yang agak baik iaitu proses agak “cepat” berbanding kes 302 yang lain kerana tekanan viral anda semua.Terima kasih atas sokongan.

Ketika prosiding, Mohamad Zulkifli yang kelihatan tenang di kandang tertuduh sempat memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak menggunakan parang, sebaliknya menggunakan golok.

Zulkifli diwakili peguam Ariff Azami Hussein.

Di luar mahkamah, selain anggota keluarga, kelihatan juga beberapa orang hadir untuk solidariti #Selamatkan Zulkifli. – Bernama, 24 Januari, 2016.



Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 3699724361448354834

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item